Sunday, August 7, 2016

Gunung Datuk

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam Ukhwah

Lama kan aku x update blog? Ada 2 bulan juga ya. Sorry la. Busy bekerja dan kadang2 ada jugak rase nak update. Tapi tula. Tak menyempat. Ada je bende lain nak dibuat. Lagi 1 laptop pn adik aku yg pakai. Tu yg susah siket nk update. huhu

Okay guys. Sedar tak sedar Syawal dan Ramadhan dah pan berlalu pergi. Macam2 la terjadi 2 bulan ni kan. Nk update entry untuk raya pon x sempat2. haha. Tapi tak pe lah.
Kepada readers aku, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, ada buat korang terasa hati ke. Halal kn lah makan minum yang korang pernah bagi kt aku. Semoga kita bertemu lagi Ramadhan dan Syawal di tahun akan datang. hihi

Okay. Aku bukan nk cerita pasal raya. Aku nk cerita pasal aktiviti weekend aku bersama geng2 keras hikers!
Kali ni kami redah Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Mana2 yang tak tahu tu boleh la Google tempat ni. Tapi aku rase kalau yang kaki sukan mesti tahu pasal Gunung Datuk ni. Kira famous jgk gunung ni. Summit dia berbatu-batu.

Well, mcm biasa. Kalau pergi gunung jauh2 ni memang gerak awal pagi la kan. Mcm kami pergi Broga hari tu. We start our journey at 3.00 AM in early morning 6 Sep 2016. Rembau ni xde la jauh mane dari tempat aku ni. Dalam 100lebih KM je. Dalam pkul 4.30 AM mcm tu dah sampai Ayer keroh. Semua orang berkumpul di sana. Lepak2 kejap and tido kt surau sebab lepas Subuh baru gerak pergi Rembau. Dekat je dari Ayer Keroh tu. Dalam 15 mins dah sampai.

Okay, usai solat Subuh aku pn pergi la siap2. Pakai contact lens. Kalau pakai spec time pnjat gunung memang x slesa do. So siapa2 yang pakai spec tu kalau nk hiking blajar2 la pakai lens. Senang dan mudah nak berlasak. hehe.
Dalam perjalanan tu ade plak yang lapa nk breakfast dlu. Memang lari la masa dari tentatif awal. Selesai je breakfast terus gerak ke kaki gunung. Sampai situ je dah pukul 7.10 AM. Target nk naik pkol 7.00 AM. tapi xpe la. 7.30 AM dah start bergerak. Kami dalam 15 orang bergerak bersama-sama. Mana yang tak cukup nafas tu kene lah tunggu. Tapi ade gak yg otai2 memang dh gerak depan dlu la. Tunggu dkt atas. Aku tak risau sangat gerak naik gunung dengan diorang ni. Sebab diorang ni keje nurse, phisio, health inspector. haha. So basically kalau injured ke ape ke, basic pertolongan cemas diorang dah tahu. So of course safety first!

Dalam perjalanan naik tu track dia memang okay la pada aku. Level easy kot. Sebab lebih kurang mcm Gunung Lambak track dia. Takde la teruk mana track dia. Ada mendatar, ada menaik. For beginners oke la kot. Tapi track dia jauh. So memang banyak pakai strength la nak naik. Banyak kali jugak stop. Sebab ade gegurl kan. Stamina diorang mana sama dengan dak2 lelaki. huhu.
Nak xnak kene tunggu la kan. Bawak anak orang woi kene la jaga.

Cuaca hari tu memang mendung. Aku and the geng pn risau juga kalau tengah2 naik ni tiba2 hujan. Dah 1 kerja nak turun plak.
Tapi tengok mcm oke je cuaca hari tu. So kami terus kan mcm biasa.

Antara gambar yang sempat di snap semasa pendakian.



Geng keras hiking!

Setelah menempuh pendakian dalam lebih kurang 2 jam, finally dalam pukul 9.45 AM sampai juga dekat atas! Fuhh memang lega weh! haha. Berbaloi-baloi!
Okay summit dia memang berbatu-batu. Batu besaq2 baq hang. hehe.
Kalau sesiapa yang gayat, kene la sntiasa berada dgn member. Kalau x memang pening la korang. Tinggi boleh tahan. tepi-tepi dia memang curam wei. Kalau jatuh memang arwah terus la.

At the top of Gunung Datuk!






Muka-muka ceria di puncak

Okay. Puncak dia memang best dan bahaya. Sebab nak naik batu2 ni memang kene naik tangga. geng2 pompuan memang kejap jelah kt atas  ni. Dak2 lelaki nak lepak2 lagi. So dak2 pompuan ada sebahgian turun dlu. Memang best la lepak2 kt atas ni. 


Pemandangan di puncak Gunung Datuk

Aku sangat2 puas hati bila sampai kt puncak ni. Worth it!!! Pemandangan lawa! Gayat sikit2 jela. Tapi still okay lagi amek gambar tepi2 batu.
Bila dah sampai kt atas ni memang la penat kan. Lepas tu lapar. Bawak roti dgn tuna and nasi lemak. So aku decide makan nasi lemak la kan. haha. Kenyang doo! Sambal nasi lemak tu memang terbaik. Sambal petai bro! Aku tercakap kuat plak. Makcik kt sbelah siap pelik aku mkn smbal petai kt atas ni. haha.

Untuk panjat gunung kali ni aku memang nak rakam masa naik, dekat puncak dan masa turun.


Walk-through Gunung Datuk

Sori la kalau kualiti vid teruk. hehe
Size besar2 xbole nk uplod nnt.

Dah puas amek gambar n lepak2 kt atas ni, dalam pkol 11.00 AM kami pn turun ke kaki gunung. Turun memang tak ambil masa lama. Tapi ade geng pompuan kami ni penat2 belaka. so kene la benti2 sebentar. Dalam 1jam 15 mins baru sampai bawah. Sampai bawah pon memang rasa lega la. Menggigil beb kaki. Nak naik senang, nak turun mak ai. Boleh tahan jugak legs day nye. huhu. Nasib bek member bawak krete auto. 

So kami pun beransur ke RNR Ayer Keroh untuk mandi dan makan. Dak2 JB ajak singgah MPO (Melaka Premium Outlets) tapi dak2 aku malas nk pergi. Sebab mase balik Broga dulu dah pernah singgah. Xde mende pon yg best. haha. Selesai makan kami pon terus la pulang ke Ayer Hitam. Dalam pukul 3.00 PM sampai di rumah. 

Overall memang okay Gunung Datuk ni. Beginners pon boleh naik. First timer pn boleh naik. Track dia tak susah. Tapi kene bayar la nak naik. Kami tak bayar pon. haha. Our lucky day maybe. 

Kepada readers aku thanks kerana masih setia membaca entry aku. 
Aku pn xtau mcm mana aku boleh terjebak dgn hiking ni. Dah jadi hobi plak after gym. haha.
Okay. See you guys on another entry. Stay safe out there! 

"If you lazy, you will die"