Sunday, August 7, 2016

Gunung Datuk

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam Ukhwah

Lama kan aku x update blog? Ada 2 bulan juga ya. Sorry la. Busy bekerja dan kadang2 ada jugak rase nak update. Tapi tula. Tak menyempat. Ada je bende lain nak dibuat. Lagi 1 laptop pn adik aku yg pakai. Tu yg susah siket nk update. huhu

Okay guys. Sedar tak sedar Syawal dan Ramadhan dah pan berlalu pergi. Macam2 la terjadi 2 bulan ni kan. Nk update entry untuk raya pon x sempat2. haha. Tapi tak pe lah.
Kepada readers aku, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, ada buat korang terasa hati ke. Halal kn lah makan minum yang korang pernah bagi kt aku. Semoga kita bertemu lagi Ramadhan dan Syawal di tahun akan datang. hihi

Okay. Aku bukan nk cerita pasal raya. Aku nk cerita pasal aktiviti weekend aku bersama geng2 keras hikers!
Kali ni kami redah Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Mana2 yang tak tahu tu boleh la Google tempat ni. Tapi aku rase kalau yang kaki sukan mesti tahu pasal Gunung Datuk ni. Kira famous jgk gunung ni. Summit dia berbatu-batu.

Well, mcm biasa. Kalau pergi gunung jauh2 ni memang gerak awal pagi la kan. Mcm kami pergi Broga hari tu. We start our journey at 3.00 AM in early morning 6 Sep 2016. Rembau ni xde la jauh mane dari tempat aku ni. Dalam 100lebih KM je. Dalam pkul 4.30 AM mcm tu dah sampai Ayer keroh. Semua orang berkumpul di sana. Lepak2 kejap and tido kt surau sebab lepas Subuh baru gerak pergi Rembau. Dekat je dari Ayer Keroh tu. Dalam 15 mins dah sampai.

Okay, usai solat Subuh aku pn pergi la siap2. Pakai contact lens. Kalau pakai spec time pnjat gunung memang x slesa do. So siapa2 yang pakai spec tu kalau nk hiking blajar2 la pakai lens. Senang dan mudah nak berlasak. hehe.
Dalam perjalanan tu ade plak yang lapa nk breakfast dlu. Memang lari la masa dari tentatif awal. Selesai je breakfast terus gerak ke kaki gunung. Sampai situ je dah pukul 7.10 AM. Target nk naik pkol 7.00 AM. tapi xpe la. 7.30 AM dah start bergerak. Kami dalam 15 orang bergerak bersama-sama. Mana yang tak cukup nafas tu kene lah tunggu. Tapi ade gak yg otai2 memang dh gerak depan dlu la. Tunggu dkt atas. Aku tak risau sangat gerak naik gunung dengan diorang ni. Sebab diorang ni keje nurse, phisio, health inspector. haha. So basically kalau injured ke ape ke, basic pertolongan cemas diorang dah tahu. So of course safety first!

Dalam perjalanan naik tu track dia memang okay la pada aku. Level easy kot. Sebab lebih kurang mcm Gunung Lambak track dia. Takde la teruk mana track dia. Ada mendatar, ada menaik. For beginners oke la kot. Tapi track dia jauh. So memang banyak pakai strength la nak naik. Banyak kali jugak stop. Sebab ade gegurl kan. Stamina diorang mana sama dengan dak2 lelaki. huhu.
Nak xnak kene tunggu la kan. Bawak anak orang woi kene la jaga.

Cuaca hari tu memang mendung. Aku and the geng pn risau juga kalau tengah2 naik ni tiba2 hujan. Dah 1 kerja nak turun plak.
Tapi tengok mcm oke je cuaca hari tu. So kami terus kan mcm biasa.

Antara gambar yang sempat di snap semasa pendakian.



Geng keras hiking!

Setelah menempuh pendakian dalam lebih kurang 2 jam, finally dalam pukul 9.45 AM sampai juga dekat atas! Fuhh memang lega weh! haha. Berbaloi-baloi!
Okay summit dia memang berbatu-batu. Batu besaq2 baq hang. hehe.
Kalau sesiapa yang gayat, kene la sntiasa berada dgn member. Kalau x memang pening la korang. Tinggi boleh tahan. tepi-tepi dia memang curam wei. Kalau jatuh memang arwah terus la.

At the top of Gunung Datuk!






Muka-muka ceria di puncak

Okay. Puncak dia memang best dan bahaya. Sebab nak naik batu2 ni memang kene naik tangga. geng2 pompuan memang kejap jelah kt atas  ni. Dak2 lelaki nak lepak2 lagi. So dak2 pompuan ada sebahgian turun dlu. Memang best la lepak2 kt atas ni. 


Pemandangan di puncak Gunung Datuk

Aku sangat2 puas hati bila sampai kt puncak ni. Worth it!!! Pemandangan lawa! Gayat sikit2 jela. Tapi still okay lagi amek gambar tepi2 batu.
Bila dah sampai kt atas ni memang la penat kan. Lepas tu lapar. Bawak roti dgn tuna and nasi lemak. So aku decide makan nasi lemak la kan. haha. Kenyang doo! Sambal nasi lemak tu memang terbaik. Sambal petai bro! Aku tercakap kuat plak. Makcik kt sbelah siap pelik aku mkn smbal petai kt atas ni. haha.

Untuk panjat gunung kali ni aku memang nak rakam masa naik, dekat puncak dan masa turun.


Walk-through Gunung Datuk

Sori la kalau kualiti vid teruk. hehe
Size besar2 xbole nk uplod nnt.

Dah puas amek gambar n lepak2 kt atas ni, dalam pkol 11.00 AM kami pn turun ke kaki gunung. Turun memang tak ambil masa lama. Tapi ade geng pompuan kami ni penat2 belaka. so kene la benti2 sebentar. Dalam 1jam 15 mins baru sampai bawah. Sampai bawah pon memang rasa lega la. Menggigil beb kaki. Nak naik senang, nak turun mak ai. Boleh tahan jugak legs day nye. huhu. Nasib bek member bawak krete auto. 

So kami pun beransur ke RNR Ayer Keroh untuk mandi dan makan. Dak2 JB ajak singgah MPO (Melaka Premium Outlets) tapi dak2 aku malas nk pergi. Sebab mase balik Broga dulu dah pernah singgah. Xde mende pon yg best. haha. Selesai makan kami pon terus la pulang ke Ayer Hitam. Dalam pukul 3.00 PM sampai di rumah. 

Overall memang okay Gunung Datuk ni. Beginners pon boleh naik. First timer pn boleh naik. Track dia tak susah. Tapi kene bayar la nak naik. Kami tak bayar pon. haha. Our lucky day maybe. 

Kepada readers aku thanks kerana masih setia membaca entry aku. 
Aku pn xtau mcm mana aku boleh terjebak dgn hiking ni. Dah jadi hobi plak after gym. haha.
Okay. See you guys on another entry. Stay safe out there! 

"If you lazy, you will die"







Sunday, May 22, 2016

Bring It On!

Assalamualaikum!
Hello readers2 skalian!
Pekabo? Sihat? hehe

Well, lame jugak x update blog ni. Biase la bz sikit keje.
Ade jgk la request dripada geng2 untuk update. Tapi memang tak sempat. Sori geng!

Ok, entry kali ni aku nak sembang pasal hiking trip aku dkt Broga Hills.
Korang pernah naik?
Ni kira pengalaman ke-3 aku dalam dunia hiking ni. Cewahh. (Newbies lagi la kiranya) =p
Aku penah naik Gunung Santubong, Sarawak (tak habis naik sebab naik lambat, dapat half point je), Gunung Lambak, Kluang, Johor (aku naik gunung ni mase aku buat intern kt INTAN Kluang) and Broga Hills, Semenyih, Selangor (ni la yg aku baru naik ni).

Mula2 plan memang mcm nk g 2 kereta la kan ngn dak2 skola aku dlu. Bincang punya bincang, memasing ade hal. Last2 aku g berempat.
Oke la ade jgk yg nak g. Aku ngn kwn aku (Louxman) mmg dh nekad dah. Kalau 2 org je g pn xkesah. Kasi jalan je plan ni. Malas dah nk tunggu2 org ni, semua plan x jadi. huhu.

Ok, hari Sabtu (21/5) tu aku memang keje la. Kene la chill2 sikit mase kt kilang tu. Nk save tenaga nk gerak malam nye. Yang mmber aku 3 ketul tu memang dah cuti 2 hari. Siot betol. Mentang2 dah keje lame. Apakan daya aku masih lagi dalam probation. Takkan nk buat taik kan. haha
Plan ngn dak2 ni nak gerak dalam pukul 10 malam. Kira sampai awal kt area Broga tu bole la tido jap.
Tunggu punya tunggu, dak Ijat (mmber gym aku) ni bole plak lambat. Memang aku layan game Pahang vs JDT dulu la kan.
Last2 pukul 12 baru gerak. Mata memang rabak dah. Dalam krete terpaksa la tabah kan mata untuk layan si Louxman ni drive. Dak Ijat penat mende tah. Tido kt blakang ngn mmber dia lg sorang.

Along the way memang mcm2 cerita la di bukanya. Xnak bagi ngntuk kan. haha
Then stop jap kt RNR mane aku pn x ingt nk tukar Ijat plak drive. Kami plak tido kt blakang.

Sedar2 je Ijat kejut ckp dh exit tol n nk masuk Semenyih dah. Memang fully open Maps la kn. Kalau x memang sesat.
So, memang lalu jln lama. Mcm ular kene palu beb. Pening jugak la aku. Mcm nk muntah pn ade. haha.
Then smpai kt pekan Broga kot kalau xsilap. Nampak ade mamak buka, then park la kt mamak tu untuk tido.

Tido punya tido, Louxman kejut aku sbb dh pkol 4:30 AM. Aku capai terus aku pnye contact lens untuk d pakai. hehe

Mase otw nk ke Broga park tu, depan kami ade la dlm 5 biji kereta. Memang dh syak dah diorang ni nk g Broga jgak dan ade 1 bus kt blakang kami. Kami follow je. Then smpai kt Broga park memang semua kreta n bus tu menuju ke tempat yg sama. LOL.
Shock jgk la sebab ramai siot! baru pkol 4:45 AM dh ramai!
Nasib baik dtg awal kn. Park kereta kene bayar RM 3.00. Kira selamat la pada aku sebab ade org jaga.
Then kami turun kereta siap2 la nk naik. Bawak barang2 yg perlu je. Hiking tips, jgn bwk bnde yg x perlu. It will slow you down.

Kami memang target nk solat Suboh kt atas. So kira laju jgk la kami naik atas. Memang gelap la kan jalan nye. Nasib baik powerbank ade lampu. Kalau x melayang RM5 nk bli torchlight. =D

Naik punya naik, 45mins jugak la nk sampai top. Nak kata mencabar dia pnye trail tak jugak. Tapi kalau first timer mmg mencabar la kot. Paling mencabar aku rase memang Gunung Santubong la. Sebab trail dia memang banyak curam2. Broga ni bnyk landai. Tapi top dia best sebab byk tempat landai and batu besar.

Sampai je kt atas, ngam2 azan Subuh berkumandang. Menggelabah jgk la cari tempat nak solat kan. Ape2 pn amek la wudhuk dulu. Masa ni la kn baru ikot sunnah berjimat cermat penggunaan air. hehe.
Mase tgh cari2 spot nk solat tu, ade 1 group tu tgh solat. Kami pn tnggu la mereka selesai.
Mereka selesai je terus kami ckp nk tumpang solat. Nak kata tenang tu xde la tenang sgt mase nk solat tu. Sebab kira ramai jgk yg dh smpai kt top tu. Tapi pada aku memang syok solat Suboh kt tmpt tnggi ni. Feel dia tenang je. Angin sejuk bertiup.
Ni kira pengalaman ke-2 aku la solat kt outdoor during Suboh. Yang 1st mase aku ikot program Pendidikan Islam masa Form5 kt MRSM aku. Tenang je. Sejuk. hehe.

Usai solat Suboh, kami pn cari lagi 1 peak lain untuk lepak2. So lepak la kt 1 batu besar ni. View pn catik beb!


Cantik tak? hehe.
Cuma kecewa sikit la sebab matahari tak muncul2. Tapi takpe la. Oke la dpt lihat pemandangan ni. hihi.

Makin kami chill kt atas ni makin ramai yang datang. Memang ramai gila. Mcm ade pasar plak kt atas Broga ni. haha.


Okay. Ni la mmber2 aku (Louxman, Aku, Ijat) yg tgh amik gambar Umi nama dia. Semput kuat si Umi ni. haha.

Pape pon memang berbaloi la lepak kt atas ni. Membuatkan aku mengagumi ciptaan Nya. SubahanAllah berulang kali di bibir dan hati ini.
Kalau korang nk naik Broga ni try la hari2 biasa. Mane tau org tak ramai kn. Aku naik time weekend. Memang la ramai kan. hehe. Ade yg siap dokong anak bawak naik atas. Memang respek wei! Huhu.

And yes ini satu kepuasan! Selepas kecewa dgn Gunung Santubong sebab xdpt naik smpai atas. =p
Thanks to my team yg berani nk join trip ni. Walaupn ade yg 1st timer. Semangat nk naik tu kuat! hehe.
Hope ade trip ke gunung lain lepas ni!
See you again guys!



"The first step you take, will bring you far away"

Monday, March 14, 2016

Raikan Cinta Ismail & Ainy

Assalamualaikum.
Apa khabar kpd readers2 aku yg setia. (kalau ade la) haha.

okay. hari ni rase nk update pasal wdding member baik aku. Sahabat baik aku. Same uni ngn aku.
Sebelum aku update status ni dh ade dah yg request suro update. Harap ko baca la ye. haha. Thanks sebab support. =D

Okay kt mana aku nk start? Okay. Member aku yg nak kahwin ni nama dia Ismail (Mael) dan Ainy. Dua ketol makhlok ni memang dh lame kenal sejak zaman uni lagi. So memang lame la since 2011 up until now 2016. ade la 4 years kn? haha. Sama course la kate kn.
Mula2 tekejut jgk sebab si Ainy ni ade pos gmba dia tunang. So aku pn berteka teki la. Tunggu punya tunggu, tup2 si Ainy ni sent pic kad kawen dia dalam group. haha. So berakhir la teka teki aku. (lagu Stay by Estrella tgh berkumandang)
After Ainy sent gmba kad dia tu, memang aku ugut diorang aku nk kad baru la bole aku dtg. Si Mael terus mintak aku pnye alamat. Aku plak yg kne ugot kalau x dtg memang dia xnk dtg aku pnye majlis plak nanti. T_T

So, lepas dpt je kad aku plan la nk g mcm mana, naik ape. Nk naik train memang xde la kn nak turun kt Teluk Intan tu. Naik bus? Turung Ipoh woiii. Jauh gila dari Teluk Intan. So aku decide nk bawak kereta. Ade la jugak ajak beberapa mmber area Johor yg lain, tapi smua cancel last minit. Aku g ngn adik aku jela, since dia pn nk balik UIA skali. Aku set time 5.00 Pagi Ahad gerak daripada rumah aku. Aku yg drive from Ayer Hitam smpai Ayer Keroh. Stop jap solat Subuh. Tapi sayangnye aku xamik gmba pagi2 tu. Rase mnyesal plak. Awan cantik gila. Cuaca pn cantik. haha.

Then adik aku plak bawak teruskan journey to Teluk Intan. Baru je masuk Perak adik aku ckp dia ngntok. So aku pn ckp bnti kt hentian bagi aku bawak plak. Estimation time aku untuk smpai Telok Intan memang dlm pkol 10.00 Pagi. So aku pn tekan la semahu nya. Mana taknya excited wei nk jumpa mmber lama. Setahun ade la kot x jumpa reramai cm ni. Tapi slow kejap kt Slim River sebab ade AES. So korang hati2 la bila dh nk smpai Slim River. haha. Then aku exit Sungkai lalu jalan baru (kata Mael la) sebab kalau exit Bidor lalu jalan kampung lama. Teruk sikit jalan nya. huhu.

Lepas exit Sungkai tu ade jgk la 80km nk smpai homestay yg diorang tinggal. Time ni pn aku pecut habis sbb jalan memang clear habis. Then aku smpai la homestay tmpat diorang tinggal. Nama tmpatnya Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak. Jauh woiii. From Johor with Love! haha.

Ni je la yg sempat aku amek gmba mase kt homestay tu. haha. Nama mmber aku ni Fadh. Now contract Lecturer kt UNIMAS. Power dia ni amik IT untuk Master dia. hehe

Aku ngn adk aku lepak2 la kejap kt homestay ni walaupn panas. Tapi ade kipas lepak kt brandar luar. Sejuk kt situ jela. haha. Tak lama lepas tu si Jiji pulak smpai dgn kwn dia. Kawan ganu dia. Aku lupa plak nk tnya nama dia. Study kt UNIMAP tempat Daus. Yang si Mael ni dok sebok nk pasang signboard dia. Menggelabah x pasang lagi sebab dh pukol 11 pagi. Memalam xnak buat. Padan muka ko. hahaha. Then Mael, Jang, Am n Daus g la teman Mael pasang signboard tu. Mase tunggu diorang tu memang lapar siakk. Kol Mael soh bli kan mknan. Dia beli kan mee hoon dgn milo ais. Sedap gk mee hoon nye. Milo ais aku tau la memang Am yg soh beli bebnyak. Hantu milo ais si Am ni. Dah la x mkn nasi. haha.

After makan mee hoon tu kami pn bersiap siap la untuk ke majlis Raikan Cinta Ainy&Ismail (rase janggal guna Ismail. Biase Mael je) haha.
Tepat 12.30PM kami bergerak ke rumah Ainy.
Fuhh mase tu memang panas terik gilaaa. Peloh di sana sini. haha. Smpai2 je fikir jap nk bawak hadiah ke tak bwak. Then we decide xnak bawak. Sebab besar sangat. Hdiahnye Water Cooler. Memang la besa kan. haha. So kami pn lepak2 la kt ruma Ainy tu smpai la Mael dtg bersama rombongan untuk masuk ke rumah Ainy. Aku rase janggal sikit la sebab xde tol. haha. Kalau budaya Johor kene ade toll. Kt Perak xde tol, tapi kene bayar tol kt PLUS la kn. haha. Ainy pn keluar dari rumah untuk di satukan dgn Mael untuk bersanding.

Okay ni gmba sempat aku snap mase Mael baru smpai bersama rombongan. hehe. Sori la jauh sikit. =D

Pasal budaya kt sini, ade sekumpulan orang2 lama main kompang dan jedor(org Joho pnggil jedor, Perak xtau la plak) sambil berselawat. Bagus jgk ade bnde2 mcm ni. New culture yg aku nmpak la stakat ni. Xde lagi kt tmpt lain buat cm ni. Something different.

Then diorang pn masuk la ke dalam rumah untuk bersanding di atas pelamin sebagai raja sehari. hehe. Tak sangka mmber aku dh bersatu dengan ijab dan qabul dengan izin Nya. Tahniah sahabt!

Inilah dia Ismail dan Ainy. Sori la xde gmba korang mse atas pelamin. haha. Sedara korang ramai gila mase tu, so aku smpat amek mase mkn berdamai je.

Then kiteorang pn ape lagi, lpas sedara mara amik gmba kteorang pn serang la pelamin. hahaha. Mcm nk roboh pelamin tu ade jgk. Yela dh berapa ramai naik kn. haha.

Ni la sebahagian geng-geng Melaban vs Vista mase kt UNIMAS dulu. Seronok dpt kompol mcm ni skali sekale. hehe.

Yang kanan tu adik aku Udin. Bersama sama Raja dan Permaisuri sehari! hehe

Yang kiri tu Am. Bersama sama Raja sehari!

Okay, memang panas sbenanye mase majlis kawen tu. Biase la rumah kmpung kn. hehe. Memasing dh berpeloh. Tapi makanan dia memang sedap. Daging lembut, ayam masak merah dia superb! Aku mmg non stop la mnom air sejuk. Pada hal mmg dh tekad xnk mnom ais. HAHA. rekod leburrr!

Dalam pukul 2.00 ptg tu baru la geng2 lain sampai. Dak2 UNIMAS jgk yg ade kt area KL. Mase tu kire dh penat jugak la. Dok fikir nk mandi air kolah kt homestay tu. Air dia sejuk gila doo! Nyaman je mandi. haha.

Sebahgian rakan2 coursemate mase kt UNIMAS dulu. Ade yg dh keje dan ade juga yg smbung pengajian dalam Master. Hope youre doin well!
Gambar credit: cheainaac9 (insta) do follow her! hehe

The Melaban reunite again! Ade la 3 ketul yg x sempat dtg. Takpe la, xde jodoh barangkali. huhu. 1 sudah 9 lagi belum. Bila la nk dpt jumpa mcm ni lagi kn. It takes 1 year to reunite. Hahaha. Sedih doo!

Ape2 pn tahniah buat Mael dan Ainy yg telah masuk ke alam rumahtangga. Semoga cekal dalam menempuh dugaan Nya. Semoga kekal ke Jannah Nya! Amin!

Buat Mael, tnggungjawab ko dh besar skg. Serba serbi kene jaga. FIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN! Bincang dgn Ainy, sebab dia istri kau skg ni. Dulu bujang boleh la sukati ko je. Skg lain bro. hehe.

Buat Ainy, taat la kepada suami ko. Pape nk buat bincang elok2 dgn Mael. Dia ketua dh skg ni. Jgn nusyuz. Jadi la istri yg solehah. Sebab istri adalah pakaian suami. hehe.

Kadang2 aku terfikir, semakin kita membesar semakin kita berfikiran lebih matang. Itulah yg aku nmpak dalam diri sahabat2 aku skg. Memasing dh ade life sndiri. But again aku harap korang dpt la luangkn masa sikit untuk berkumpul mcm ni lagi. hehe. Mana tau wedding wan nnti kt Sabah, bole la skali buat short vacay ke. haha.

Dan akhir sekali, biasalah hidup ni. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dia. Sekejap sgt rasa dpt kompol ngn diorang ni. Tiba2 dh nak kene balik dah. Sebak pn ade. Bila lagi dpt jumpa? 1 May nnti la kot Syasya pnye wedding. hehe.

When time comes, we need to say goodbye even its hard.

See you when I see you! Be careful in your life wahai sahabat2 ku. Dalam ramai2 org pasti ada yg x senang dgn kejayaan kita. But please be strong and we reach at the top together!
Tahniah lagi sekali buat Mael dan Ainy!
Yang pasti Teluk Intan telah mencoretkan pelbagai kenangan walaupn seketika.
Selamat tinggal Teluk Intan.


"Tak semua benda kita dapat pada masanya, kadang2 Allah beri ketika saat kita memerlukan"

Wednesday, January 27, 2016

New Start

Assalamualaikum.

Well, lame dah x update blog ni since aku benti keje kat Shah Alam hari tu. So aku back to normal and back to basic kt Ayer Hitam ni. Tolong mama aku. Since mama aku dpt tender masak untuk nepal. But bertahan beberapa bulan je. Novamber, Disember and early January then we stop. Susah wei nk manage dak2 nepal ni. Ade yg x keje ade plak suroh aku hntar g umah. mmg x la wei. haha. So lepas bincang dgn mama, we decide nk stop.

Dan Alhamdulillah aku pnye resume adelah sangkut kt kilang Claytan ni. Tu pn guna kabel la wei. haha. ade kabel kalau x guna nk buat ape kn. Aku start 5 Januari hari tu. Mmg susah gila Ceramic Industries ni. Mcm2 aspek nk kene cek. Tanah, pencetak, barang oke ke x, kapur dia mcm mana. every inch mmg nk kene detail gila. Oh ya! Claytan ni merupakan pngeluar sink dan jamban terbesar kt Malaysia ni. dh worldwide woi! 95 years and still strong! Lepas beberapa minggu ni aku dh join Clay Industries Sdn. Bhd. mmg mencabar gila la. Mcm2 aku blajar benda baru. pengalaman aku memang zero! kosong! Tapi manager aku kt sini Alhamdulillah oke. Garang memang garang. Tapi hati diorang baik walaupn cina. Mmg byk diorang beri tunjuk ajar. Pada permulaan ni aku ditawarkan jawatan Production Trainee. Kira mcm On Job Training la selama 6 bulan probation period. Tapi job scope aku mcm Supervisor. Susah kot nk blaja hal2 jamban dan sink ni. Kt section aku mmg byk dak2 nepal. Slebihnya dak myanmar n vietnam. Aku byk jugak la blaja dripda diorang ni. Sbb diorang ni kira senior la bab2 sink n jamban ni. Alhamdulillah so far.

So far so good. Even telinga kekadang panas la kne bebel ngn Manager. haha. Biase la. nk senang kene susah2 dlu kn. InnSyaAllah. =)

Aku harap korang doakn la kejayaan aku. Amin!

Chill la. Dunia memang kejam, tabahkan hati dan senyum untuk hari mendatang. =D