Monday, March 14, 2016

Raikan Cinta Ismail & Ainy

Assalamualaikum.
Apa khabar kpd readers2 aku yg setia. (kalau ade la) haha.

okay. hari ni rase nk update pasal wdding member baik aku. Sahabat baik aku. Same uni ngn aku.
Sebelum aku update status ni dh ade dah yg request suro update. Harap ko baca la ye. haha. Thanks sebab support. =D

Okay kt mana aku nk start? Okay. Member aku yg nak kahwin ni nama dia Ismail (Mael) dan Ainy. Dua ketol makhlok ni memang dh lame kenal sejak zaman uni lagi. So memang lame la since 2011 up until now 2016. ade la 4 years kn? haha. Sama course la kate kn.
Mula2 tekejut jgk sebab si Ainy ni ade pos gmba dia tunang. So aku pn berteka teki la. Tunggu punya tunggu, tup2 si Ainy ni sent pic kad kawen dia dalam group. haha. So berakhir la teka teki aku. (lagu Stay by Estrella tgh berkumandang)
After Ainy sent gmba kad dia tu, memang aku ugut diorang aku nk kad baru la bole aku dtg. Si Mael terus mintak aku pnye alamat. Aku plak yg kne ugot kalau x dtg memang dia xnk dtg aku pnye majlis plak nanti. T_T

So, lepas dpt je kad aku plan la nk g mcm mana, naik ape. Nk naik train memang xde la kn nak turun kt Teluk Intan tu. Naik bus? Turung Ipoh woiii. Jauh gila dari Teluk Intan. So aku decide nk bawak kereta. Ade la jugak ajak beberapa mmber area Johor yg lain, tapi smua cancel last minit. Aku g ngn adik aku jela, since dia pn nk balik UIA skali. Aku set time 5.00 Pagi Ahad gerak daripada rumah aku. Aku yg drive from Ayer Hitam smpai Ayer Keroh. Stop jap solat Subuh. Tapi sayangnye aku xamik gmba pagi2 tu. Rase mnyesal plak. Awan cantik gila. Cuaca pn cantik. haha.

Then adik aku plak bawak teruskan journey to Teluk Intan. Baru je masuk Perak adik aku ckp dia ngntok. So aku pn ckp bnti kt hentian bagi aku bawak plak. Estimation time aku untuk smpai Telok Intan memang dlm pkol 10.00 Pagi. So aku pn tekan la semahu nya. Mana taknya excited wei nk jumpa mmber lama. Setahun ade la kot x jumpa reramai cm ni. Tapi slow kejap kt Slim River sebab ade AES. So korang hati2 la bila dh nk smpai Slim River. haha. Then aku exit Sungkai lalu jalan baru (kata Mael la) sebab kalau exit Bidor lalu jalan kampung lama. Teruk sikit jalan nya. huhu.

Lepas exit Sungkai tu ade jgk la 80km nk smpai homestay yg diorang tinggal. Time ni pn aku pecut habis sbb jalan memang clear habis. Then aku smpai la homestay tmpat diorang tinggal. Nama tmpatnya Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak. Jauh woiii. From Johor with Love! haha.

Ni je la yg sempat aku amek gmba mase kt homestay tu. haha. Nama mmber aku ni Fadh. Now contract Lecturer kt UNIMAS. Power dia ni amik IT untuk Master dia. hehe

Aku ngn adk aku lepak2 la kejap kt homestay ni walaupn panas. Tapi ade kipas lepak kt brandar luar. Sejuk kt situ jela. haha. Tak lama lepas tu si Jiji pulak smpai dgn kwn dia. Kawan ganu dia. Aku lupa plak nk tnya nama dia. Study kt UNIMAP tempat Daus. Yang si Mael ni dok sebok nk pasang signboard dia. Menggelabah x pasang lagi sebab dh pukol 11 pagi. Memalam xnak buat. Padan muka ko. hahaha. Then Mael, Jang, Am n Daus g la teman Mael pasang signboard tu. Mase tunggu diorang tu memang lapar siakk. Kol Mael soh bli kan mknan. Dia beli kan mee hoon dgn milo ais. Sedap gk mee hoon nye. Milo ais aku tau la memang Am yg soh beli bebnyak. Hantu milo ais si Am ni. Dah la x mkn nasi. haha.

After makan mee hoon tu kami pn bersiap siap la untuk ke majlis Raikan Cinta Ainy&Ismail (rase janggal guna Ismail. Biase Mael je) haha.
Tepat 12.30PM kami bergerak ke rumah Ainy.
Fuhh mase tu memang panas terik gilaaa. Peloh di sana sini. haha. Smpai2 je fikir jap nk bawak hadiah ke tak bwak. Then we decide xnak bawak. Sebab besar sangat. Hdiahnye Water Cooler. Memang la besa kan. haha. So kami pn lepak2 la kt ruma Ainy tu smpai la Mael dtg bersama rombongan untuk masuk ke rumah Ainy. Aku rase janggal sikit la sebab xde tol. haha. Kalau budaya Johor kene ade toll. Kt Perak xde tol, tapi kene bayar tol kt PLUS la kn. haha. Ainy pn keluar dari rumah untuk di satukan dgn Mael untuk bersanding.

Okay ni gmba sempat aku snap mase Mael baru smpai bersama rombongan. hehe. Sori la jauh sikit. =D

Pasal budaya kt sini, ade sekumpulan orang2 lama main kompang dan jedor(org Joho pnggil jedor, Perak xtau la plak) sambil berselawat. Bagus jgk ade bnde2 mcm ni. New culture yg aku nmpak la stakat ni. Xde lagi kt tmpt lain buat cm ni. Something different.

Then diorang pn masuk la ke dalam rumah untuk bersanding di atas pelamin sebagai raja sehari. hehe. Tak sangka mmber aku dh bersatu dengan ijab dan qabul dengan izin Nya. Tahniah sahabt!

Inilah dia Ismail dan Ainy. Sori la xde gmba korang mse atas pelamin. haha. Sedara korang ramai gila mase tu, so aku smpat amek mase mkn berdamai je.

Then kiteorang pn ape lagi, lpas sedara mara amik gmba kteorang pn serang la pelamin. hahaha. Mcm nk roboh pelamin tu ade jgk. Yela dh berapa ramai naik kn. haha.

Ni la sebahagian geng-geng Melaban vs Vista mase kt UNIMAS dulu. Seronok dpt kompol mcm ni skali sekale. hehe.

Yang kanan tu adik aku Udin. Bersama sama Raja dan Permaisuri sehari! hehe

Yang kiri tu Am. Bersama sama Raja sehari!

Okay, memang panas sbenanye mase majlis kawen tu. Biase la rumah kmpung kn. hehe. Memasing dh berpeloh. Tapi makanan dia memang sedap. Daging lembut, ayam masak merah dia superb! Aku mmg non stop la mnom air sejuk. Pada hal mmg dh tekad xnk mnom ais. HAHA. rekod leburrr!

Dalam pukul 2.00 ptg tu baru la geng2 lain sampai. Dak2 UNIMAS jgk yg ade kt area KL. Mase tu kire dh penat jugak la. Dok fikir nk mandi air kolah kt homestay tu. Air dia sejuk gila doo! Nyaman je mandi. haha.

Sebahgian rakan2 coursemate mase kt UNIMAS dulu. Ade yg dh keje dan ade juga yg smbung pengajian dalam Master. Hope youre doin well!
Gambar credit: cheainaac9 (insta) do follow her! hehe

The Melaban reunite again! Ade la 3 ketul yg x sempat dtg. Takpe la, xde jodoh barangkali. huhu. 1 sudah 9 lagi belum. Bila la nk dpt jumpa mcm ni lagi kn. It takes 1 year to reunite. Hahaha. Sedih doo!

Ape2 pn tahniah buat Mael dan Ainy yg telah masuk ke alam rumahtangga. Semoga cekal dalam menempuh dugaan Nya. Semoga kekal ke Jannah Nya! Amin!

Buat Mael, tnggungjawab ko dh besar skg. Serba serbi kene jaga. FIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN! Bincang dgn Ainy, sebab dia istri kau skg ni. Dulu bujang boleh la sukati ko je. Skg lain bro. hehe.

Buat Ainy, taat la kepada suami ko. Pape nk buat bincang elok2 dgn Mael. Dia ketua dh skg ni. Jgn nusyuz. Jadi la istri yg solehah. Sebab istri adalah pakaian suami. hehe.

Kadang2 aku terfikir, semakin kita membesar semakin kita berfikiran lebih matang. Itulah yg aku nmpak dalam diri sahabat2 aku skg. Memasing dh ade life sndiri. But again aku harap korang dpt la luangkn masa sikit untuk berkumpul mcm ni lagi. hehe. Mana tau wedding wan nnti kt Sabah, bole la skali buat short vacay ke. haha.

Dan akhir sekali, biasalah hidup ni. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dia. Sekejap sgt rasa dpt kompol ngn diorang ni. Tiba2 dh nak kene balik dah. Sebak pn ade. Bila lagi dpt jumpa? 1 May nnti la kot Syasya pnye wedding. hehe.

When time comes, we need to say goodbye even its hard.

See you when I see you! Be careful in your life wahai sahabat2 ku. Dalam ramai2 org pasti ada yg x senang dgn kejayaan kita. But please be strong and we reach at the top together!
Tahniah lagi sekali buat Mael dan Ainy!
Yang pasti Teluk Intan telah mencoretkan pelbagai kenangan walaupn seketika.
Selamat tinggal Teluk Intan.


"Tak semua benda kita dapat pada masanya, kadang2 Allah beri ketika saat kita memerlukan"

No comments:

Post a Comment